Untuk raya korban kali ini aku tidak bersama keluarga tersayang.Mereka yang berada jauh di terengganu dan aku pula di perak.Kalau ikutkan tiada alasan yang tercipta kerna aku boleh sahaja terbang bila-bila masa yang aku suka untuk balik. Ada sebab menyebabkan aku buat keputusan untuk tidak balik kali ini..Maaf bonda,kak ram tidak dapat nak tolong kali ini kat dapur bonda.Maaf adinda yang pulang,kak ram bukan tak rindu kat korang.Tapi rindu sangat2.Lain kali lah kita berkumpul ye...
Perjalanan kali ini aku berfikir,kemana arah tuju yang benar.Aku yang masih berada dalam dunia yang bukan sebenar.Terus berkhayal.Yang selalu berbicara untuk lebih kuat berusaha tapi semua itu semua tinggal ucapan di bibir sahaja.Aku yang sentiasa lemah terus hannyut dalam kelenaan yang cacat tanpa usaha yang kuat.
Adakah aku mahu menjadi manusia yang realiti dalam khayalan tapi lemah dalam kebenaran?Tanpa aku sedar semua ini tipu daya syaitan.Yang mengatakan aku sudah usaha,tapi tidak!mengatakan aku sudah bersunggu tapi tidak!Ya Rabbi, aku tewas.aku lemah.aku kalah.Kau ampuni lah dosa-dosaku Ya Illahi.Aku bermohon Engkau pimpinlah aku dalan berusaha mencapai redhaMU.Moga pengorbanan kali ini benar-benar mejadi pengorbanan yang Engkau redhai.
Moga peluang itu sentiasa ada...
No comments:
Post a Comment