Saturday, October 19, 2013

Demi Aku


Assalamualaikum.Selamat pagi buat kawan-kawan yang singgah. :)

Faham  tak kata-kata di atas? Moga diri ini tidak mudah berputus asa atas dugaan yang tiba.Ya.cabaran yang hadir kadang-kadang membuatkan kita rebah jatuh.Kalau kita kuat kita akan bangun semula.Kalau kita lemah kita akan tersungkur selamanya.

Oleh itu,marilah wahai diri,hati ini.untuk kita terus kuat dalam meneruskan perjuangan yang tidak pernah tamat sebelum masanya. Kita gencarkan semangat yang kukuh dalam melawan gelobang yang ada.Terus melangkah pesat dalam perjalanan yang berliku ini.Demi sebuah kebahagiaan yang telah engkau impikan.

Kadang termalu sendiri bila teringat pada sahabat-sahabat rasullullah yang masih muda,tetapi terus  berjuang menegakkan islam.Ali bin Abi Talib,Asma Abu bakar,Khalid al Walid,MUhammad al fateh Dan ramai lagi,antara pemuda dan pemudi yang berjiwa besar dalam berjuang tanpa putus asa.Membantu segenap usaha dalam menegakkan Islam.Yang matang tanpa tertipu dengan godaan dunia terus memandang keindahan akhirat.

Aku termalu sendiri!!


Wednesday, October 16, 2013

Korban ini.

Untuk raya korban kali ini aku tidak bersama keluarga tersayang.Mereka yang berada jauh di terengganu dan aku pula di perak.Kalau ikutkan tiada alasan yang tercipta kerna aku boleh sahaja terbang bila-bila masa yang aku suka untuk balik. Ada sebab menyebabkan aku buat keputusan untuk tidak balik kali ini..Maaf bonda,kak ram tidak dapat nak tolong kali ini kat dapur bonda.Maaf adinda yang pulang,kak ram bukan tak rindu kat korang.Tapi rindu sangat2.Lain kali lah kita berkumpul ye...

Perjalanan kali ini aku berfikir,kemana arah tuju yang benar.Aku yang masih berada dalam dunia yang bukan sebenar.Terus berkhayal.Yang selalu berbicara untuk lebih kuat berusaha tapi semua itu semua tinggal ucapan di bibir sahaja.Aku yang sentiasa lemah terus hannyut dalam kelenaan yang cacat tanpa usaha yang kuat.

Adakah aku mahu menjadi manusia yang realiti dalam khayalan tapi lemah dalam kebenaran?Tanpa aku sedar semua ini tipu daya syaitan.Yang mengatakan aku sudah usaha,tapi tidak!mengatakan aku sudah bersunggu tapi tidak!Ya Rabbi, aku tewas.aku lemah.aku kalah.Kau ampuni lah dosa-dosaku Ya Illahi.Aku bermohon Engkau pimpinlah aku dalan berusaha mencapai redhaMU.Moga pengorbanan kali ini benar-benar mejadi pengorbanan yang Engkau redhai.

Moga peluang itu sentiasa ada...

Tuesday, October 8, 2013

Lurus bin bendul







Pernah jumpa x orng yang lurus bendul??x kira la dari segi perbuatab ke,cakap ke,emosi ke??huhuhu...Mesti korang pernah kan??mesti korang suka gelak kat orang yang jenis cam ni kan??mesti korang suka buli orang yang jenis lurus bendul nikan...kalo korang suruh buat ape pun dia akan buat.angakt barang ke,kemas ke,menyapu ke,buang sampah ke...pastu korang kalo nak marah mesti marah je kan kat diaorang..ikut suka cakap korang je.,..dengan orang lain korang pulak korang boleh ckp baik2..hm...korang rasa orng cam ni x de perasaan kot..tue yang senang je korang buat sesuka hati...korang nak marah aku korang marah.korang nak gelak kat aku korang gelak.....korang gelak sebab aku lembik kan..x dapat pertahan diri aku ni...korang baik snagat kan...korang anggap aku teruk sangat kan...korang anggapa kau x de perasaan kan...korang rasa aku ni membebankorang kan...korang x rasa aku ni menyusahkan korangkan??nnt korang yang kena balik..korang yang kena marah ngan  pegawai kan...fine...salah aku..aku yang x repot..aku yang tutup pintu tue...tp bukan aku sengaja..mana aku tahu pintu tue autolock...aku yang salah..


Monday, October 7, 2013

Diam

Gambar hiasan.

Setelah sekian lama,aku menyepi kini hadir yang lebih lesu, kurang bertenaga.Aku kepepnatan dalam menongkah arus kehidupan.Cobaan demi cobaan yang harus aku harungi demi sebuah jiwa yang besar.Kehidupan sebagai seorang pelajar yang padat,dalam dunia yang berlumba-lumba dengan kebanggaan duniawi ini menjadikan aku hampir tewas dengan gelombang yang ada.



Wednesday, October 2, 2013

Dalam Diam...

Dalam diam,
Aku dinilai oleh pandangan mata,
Yang memberi seribu warna,
Yang mencari seribu rahsia,
Dalam sejuta deria.

Dalam diam,
Aku terus berjalan,
Mendengar omongan dunia,
Yang cuba mencorak lakaran bahagia,
Tapi hanyalah kilauan cahaya.

Dalam diam,
Aku menghulur tangan,
Membantu manusia dengan saksama,
Meringan beben buat teman kesusahan,
Yang lemah tanpa kudrat dari tuhan.

Dalam diam,
Aku cuba berbicara,
Berikhlas menghangatkan suasana kelam,
Menjadi angin menghembus redhaNya,
Menjadi langit demi RahmatNYa.

Dalam diam,
aku tersungkur,
lemah dan derita,
Hingga aku tewas demi Rahmatnya.
Aku yang leka menjadi angin,
Aku yang leka demi menyinar hidup manusia,
Aku yang leka usaha hingga aku lelah di pintu Syurga.

Dalam diam,
Aku merenung,
Ini semua takdir DIA.
Aku hanyalah HambaNYA,
Hamba,
Hamba,
Hamba,
Yang buta tanpa pandangan dari Mu
Yang tuli tanpa pendengaranMU,
Yang lumpuh tanpa kudratMU,
Dan ,
Yang bisu tanpa bicara dariMU.

Dalam diam,
Aku memohan keampunanMU,
Hanya padaMU,
Bukan munusia sama dengan ku,
Moga Engkau sudi menerima taubatku,
Demi setitik Rahmat kasih sayang MU Tuhan.