Jalan yang terbentang bagaikan sawah yang perlu di kerjakan,Punya orang yang mengusahakannya,punya air yang mengalir menyuburkannya dan juga baja dalam tumbusarannya.Namun tanpa kita lupa akan ada kemarau dan ribut akan tiba dalam memusnahkannya.Oleh itu bertahanlah,sawah yang berharga akan mampu membahagiakan manusia!
Kehadapan semesta yang baru bermula,terima kasih aku ucapkan atas peluang yang di berikan.Kupanjatkan kesyukran kepada Illahi atas kehidupan yang diberikan.Moga semesta ini menjadi semesta yang lebih baik dan terus menjadi yang lebih di redhai olehNya.Tiada yang lebih aku harapkan melainkan hanyak keredhanMu ya Allah seterusnya menjadikan Redha itu menjadi asbab dalam aku menuju syurga Mu.
Semesta 6,
Moga aku mempu menjadi pelajar yang lebih solehah dalam ibadat dan akhlaknya.Ibadah wajib yang dilakukan dengan penuh ketelusan,ibadah sunnah yang di perkuatkan,dari segi puasa sunatku,solat tahajutku,solat dhuhaku.Moga aku terus di berikan kekuatan untuk aku terus menjadi hamba yang ikhlas dalam beribadahnya.Dari segi ibadah yang yang baik harap akan melahirkan akhlak yang baik.hati yang suci dalam aku mencintai sababat-sahabat sekeliling aku.Mereka yang bersama aku dalam susah senang aku dalam medan ini. Moga Dia akan membantu aku dalam berlembut hati dalam aku menjadi insan yang sentiasa berlapang dada dalam aku menerima segala baik buruk orang terhdap diri ini.Moga Aku dapat menahan segala perasaan marah dan dengki pada sahabat-sahabat aku ini dalam aku mencari makna sebenar hakikat hidup ini. Semesta ini jiga aku berharap aku dapat menjadi sahabat yang di cintai oleh sahabat rumah aku sendiri dan sahabat bilik aku.Moga aku sentiasa berlapang dada dengan mereka kerna aku tahu aku bukanlah insan yang sempurna dalam aku menilai mereka.
Semesta 6,
Semesta ini bukan aku tak mengharapkan kejayaan,tapi,aku akan berusaha dengan gigih agar aku memperoleh kejayaan yang lebih baik.Seterusnya kejayaan itu menjadi kebanggaan ayah serta bonda.Moga dengan ini aku akan memperolehi keredhaan mereka.Mereka yang bersusah payah untuk aku.Dan aku juga berharap akan mampu bersusah payah juga untuk mereka.
Ya Allah, dalam kehidupan ini aku berharap agar aku mampu bersederhana dalam segala kehidupan aku ini.Aku mempu bersusah payah dalam aku menjadi hambaMu yang lebih solehah.Aku tidak mengharapkan apa-apa pun dari Mu ,tapi hanyalah keredhaanMu dalam aku menuju kesyurgaMU.Dan hanya kepadaMu aku pulangkan hati ini kepada pemilik hati ku yang sebenar dalam aku menjadikan aku hambamu yang benar-benark ikhlas dalam segenap kehidupan ku ini...
Aku selalu teringin untuk membin keyakinan sendiri.Terus mermpuh segala cabaran dan rintangan di hadapan.Selalu berangan untuk menjadi yang tebaik dalam diri sendir.Cuba untk berubah demi sebuah keredhaanNya.Tapi aku gagal.Aku tak kuat.Aku yang lemah dalam menempuh hiri-hari yang aku tempuhi ini.
Aku yang sering gagal dalam urusan ku setiap hari.Hanya berangan-angan sahaja.Mimpi yang terlalu lama dan berterusan.Aku yang sentiasa lalai dalam menjadi kan diri sebagai hamba Allah.Aku yang pemalas.Aku yang kecil hati dan tak kuat pendiriannya.Aku yang kuat menghabiskan masa dengan lena dunia.Aku yang lemah jiwanya.Terikut-ikut hawa nafsu dalam berbuat dosa.Aku yang kotorkan hatinya dalam aku sedang menuntut ilmu ini.Aku yang tidak ikhlas dalam melakukan kebaikan.Aku yang keras jiwanya tanpa mendengar pandangan dan nasihat orang lain.
Aku yang berkawan dengan sifat syaitan.Menjadi seorang pemarah.Aku yang lemah langkahnya dalam aku berjihad menuntut ilmu ini.Aku yang suka menghadiskan masanya dengan bebuat benda yang tidak berfeadah.Sering berbicara kosong.Mengeluarkan kata-kata bohong agar manusia lain memerhatikan engkau.
Aku yang lalai dalam solatnya.Aku yang masih merangkak-rangkak dalam membaca al-quran. Aku yang jarang dalam mentaddabur isi kitabnya.yang masih kurang dalam solat sunatnya.Yang selalu gagal dalam puasa sunatnya.Yang mengabaikan solat malam nya.
Banyak lagi kelemahan yang ada.
Tapi dalam aku tahu akan kelemahan ini,aku berusaha untuk mejadi yang terbaik.Aku berusaha dalam merangkak-rangkak menuju CintaNya.Aku berusaha demi sebuah rahmatnNya.Aku berusaha perbaiki solatku,Aku berusaha menjadi seorang yang Kuat jiwanya.Aku berusaha bangkit .Aku berusaha dari lena yang panjang.Aku berusaha,berusaha dan berusaha.Semua ini demi RedhaNYA
Tapi,aku gagal.
Aku masih melakukan kesalahan yang sama.Aku masih melakukan dosa yang sama.
Mengapa?
Jiwa ini sangat lemah,rapuh?
Aku ingin menjadi insan yang lebih baik.Yang lebih cemerlang.Yang lebih di Redhai oleh Allah.
Tapi aku gagal...
GAGAL
GAGAL
GAGAL
:(
Aku yang sepi dan sendiri.
Masih adakah peluang itu.Untuk aku berjaya dalam solatku?Untuk aku berjaya dalam ibadahku?Untuk Aku berjaya mengikhlaskan diri ini.Masihkah.
Duhai tuhan yang menciptakan diri ini,
Sesungguhnya Aku hamba Mu yang khilaf,
Ampunkan diri ini,
Sesungguhnya,
Demimu,aku ini hambaMu yang lemah,
Aku malu dengan segala nikmat yang telah engaku berikan
Tapi,aku hanyalah hambaMu yang sering berdusta.
Moga Engkau memberi aku peluang itu,
Peluang aku untuk bertaubat kembali kepadaMU.
Assalamualaikum.Selamat pagi buat kawan-kawan yang singgah. :)
Faham tak kata-kata di atas? Moga diri ini tidak mudah berputus asa atas dugaan yang tiba.Ya.cabaran yang hadir kadang-kadang membuatkan kita rebah jatuh.Kalau kita kuat kita akan bangun semula.Kalau kita lemah kita akan tersungkur selamanya.
Oleh itu,marilah wahai diri,hati ini.untuk kita terus kuat dalam meneruskan perjuangan yang tidak pernah tamat sebelum masanya. Kita gencarkan semangat yang kukuh dalam melawan gelobang yang ada.Terus melangkah pesat dalam perjalanan yang berliku ini.Demi sebuah kebahagiaan yang telah engkau impikan.
Kadang termalu sendiri bila teringat pada sahabat-sahabat rasullullah yang masih muda,tetapi terus berjuang menegakkan islam.Ali bin Abi Talib,Asma Abu bakar,Khalid al Walid,MUhammad al fateh Dan ramai lagi,antara pemuda dan pemudi yang berjiwa besar dalam berjuang tanpa putus asa.Membantu segenap usaha dalam menegakkan Islam.Yang matang tanpa tertipu dengan godaan dunia terus memandang keindahan akhirat.
Untuk raya korban kali ini aku tidak bersama keluarga tersayang.Mereka yang berada jauh di terengganu dan aku pula di perak.Kalau ikutkan tiada alasan yang tercipta kerna aku boleh sahaja terbang bila-bila masa yang aku suka untuk balik. Ada sebab menyebabkan aku buat keputusan untuk tidak balik kali ini..Maaf bonda,kak ram tidak dapat nak tolong kali ini kat dapur bonda.Maaf adinda yang pulang,kak ram bukan tak rindu kat korang.Tapi rindu sangat2.Lain kali lah kita berkumpul ye...
Perjalanan kali ini aku berfikir,kemana arah tuju yang benar.Aku yang masih berada dalam dunia yang bukan sebenar.Terus berkhayal.Yang selalu berbicara untuk lebih kuat berusaha tapi semua itu semua tinggal ucapan di bibir sahaja.Aku yang sentiasa lemah terus hannyut dalam kelenaan yang cacat tanpa usaha yang kuat.
Adakah aku mahu menjadi manusia yang realiti dalam khayalan tapi lemah dalam kebenaran?Tanpa aku sedar semua ini tipu daya syaitan.Yang mengatakan aku sudah usaha,tapi tidak!mengatakan aku sudah bersunggu tapi tidak!Ya Rabbi, aku tewas.aku lemah.aku kalah.Kau ampuni lah dosa-dosaku Ya Illahi.Aku bermohon Engkau pimpinlah aku dalan berusaha mencapai redhaMU.Moga pengorbanan kali ini benar-benar mejadi pengorbanan yang Engkau redhai.
Pernah jumpa x orng yang lurus bendul??x kira la dari segi perbuatab ke,cakap ke,emosi ke??huhuhu...Mesti korang pernah kan??mesti korang suka gelak kat orang yang jenis cam ni kan??mesti korang suka buli orang yang jenis lurus bendul nikan...kalo korang suruh buat ape pun dia akan buat.angakt barang ke,kemas ke,menyapu ke,buang sampah ke...pastu korang kalo nak marah mesti marah je kan kat diaorang..ikut suka cakap korang je.,..dengan orang lain korang pulak korang boleh ckp baik2..hm...korang rasa orng cam ni x de perasaan kot..tue yang senang je korang buat sesuka hati...korang nak marah aku korang marah.korang nak gelak kat aku korang gelak.....korang gelak sebab aku lembik kan..x dapat pertahan diri aku ni...korang baik snagat kan...korang anggap aku teruk sangat kan...korang anggapa kau x de perasaan kan...korang rasa aku ni membebankorang kan...korang x rasa aku ni menyusahkan korangkan??nnt korang yang kena balik..korang yang kena marah ngan pegawai kan...fine...salah aku..aku yang x repot..aku yang tutup pintu tue...tp bukan aku sengaja..mana aku tahu pintu tue autolock...aku yang salah..
Setelah sekian lama,aku menyepi kini hadir yang lebih lesu, kurang bertenaga.Aku kepepnatan dalam menongkah arus kehidupan.Cobaan demi cobaan yang harus aku harungi demi sebuah jiwa yang besar.Kehidupan sebagai seorang pelajar yang padat,dalam dunia yang berlumba-lumba dengan kebanggaan duniawi ini menjadikan aku hampir tewas dengan gelombang yang ada.